Biskut Buah Kana - Biskut dolu-dolu, Salam Ramadan,, teringat biskut nostalgia ini bila membuatnya beramai-ramai dengan adik beradik memang meriah, keletang keletung mengetuk acuan buah kana yang dibuat dari kayu ni sampai terpelanting biskut hingga ke siling rumah,, meriah sungguh..
Bunyi ketukan bertalu-talu mengalahkan bunyi mercun, bukan senang nak makan biskut ni heehee :D
Mengimbau kenangan lalu membuat kukis bersama adik-adik, K1 ni memang tegas sikit kalau adik-adik nak tolong memang kena halau sebab menyibuk K1 buat kerja. Kalau buat biskut tak boleh besar kecik semua mesti sama saiz kalau tak kena re-do again hahaa.. itu lah adik-adik tak berani kacau kalau K1 tengah wat kerja. Sebagai kakak dengan adik-adik yang masih kecil, memang tugas K1 menyediakan juadah hariraya. Kalau minta tolong masukkan biskut dalam balang berebut2 nak tolong..