Tart Nenas Teh Hijau Taiwan / Taiwan Matcha Pineapple Tart, mungkin di negara kita kurang menyukai rasa greentea yang agak kelat dan jarang sekali menggunakan greentea dalam menyediakan kek atau pastry. Greentea atau Matcha popular sebagai bahan dalam penyediaan kek, kek keju, cream atau lain-lain dessert di Taiwan, China, Hongkong dan Jepun. Di Malaysia, penggunaannya masih kurang.
Tart nenas ini mempunyai kombinasi rasa kelat matcha dan masam manis jem nenas. Kedua rasa ini mengimbangi satu sama lain. Lidah kita tentu tidak biasa kerana dah terbiasa dengan makanan yang kebanyakaannya manis..
Tart Nenas Teh Hijau Taiwan / Taiwan Matcha Pineapple Tart